“Sudahlah” Serlah Kemampuan Ameer Setelah Bergerak Solo

Bekas ahli kumpulan Forteen, Amer atau nama penuhnya Mohamad Arif Ameerais Azhar tampak lebih yakin apabila solo ketiganya, “Sudahlah” ciptaan Merah Biru mendapat pujian oleh pendengar.

 

 

Beralih ke genre rock balada yang berlainan dengan genre Forteen, Ameer melihat bakatnya makin dihargai oleh orang ramai.

Kemampuan menyanyi Ameer sebelum ini sentiasa dipertikai oleh netizen, malah ada yang menganggap bahawa dia tidak boleh menyanyi.

 

 

Lagu ciptaan Merah Biru ini dikatakan berbeza daripada dua single terdahulunya iaitu Hitam dan Pulangkan Cinta.

“Sudahlah” dipengaruhi Denny Mojo yang berasal dari Indonesia. Sebagai penyanyi, saya sentiasa mencabar diri keluar dari zon selesa untuk membuktikan kemampuan,” katanya

Sebelum ini, Ameer pernah muncul dengan  single “Pulangkan Cinta” hasil ciptaan  ciptaan Fendi Caliph Busker dan Edry Abdul Halim pada tahun lalu. 

 

Ditulis oleh: Dina Azmi

Ad Ops