Tahniah! Ziela Jalil Bakal Timang Cucu Pertama

Anak sulung kepada pelakon Datuk Ziela Jalil. Dr Puteri Julia Nabilah kini dilaporkan hamil. 

Menerusi sekeping gambar ultrasound bayi, Julia menulis kapsyen memaklumkan dirinya bakal bergelar ibu tidak lama lagi.

“The most precious blessing that Allah sent us in 2018. May He mould you as perfect as His most perfect creation little one ♥️,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen gembira dan mengucapkan tahniah kepada Julia dan juga Ziela yang bakal bergelar nenek tidak lama lagi.

Terdahulu, Dr Puteri Julia Nabilah selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihannya, Dziya Faqhran Mahmod Fauzi pada 1 Julai 2018.

SGMS Faida