Nama Digugur Pihak Produksi, Johan As’ari Kongsi Sebab Jarang Muncul Di Kaca TV

Pelakon Johan As’ari antara pelakon berbakat yang sering tampil dengan persembahan cemerlang.

Akan tetapi, pelakon berusia 33 tahun ini mengakui tahun 2015 menyaksikan dirinya hilang fokus selepas pemergian ibu tercinta, Datin Firdaus Abdul Kader.

“ Selepas beliau kembali ke Rahmatullah sekitar 2015, diri ini tak keruan hingga terpaksa terbang ke negara jauh demi mengisi kekosongan jiwa, namun tiada siapa yang dapat menggantikan tempatnya.

“ Akhirnya aku pulang semula ke tanah air dalam keadaan yang tidak cukup bersedia,” luahnya di Instagram.

Akui Johan, sejak hari itu, dia gagal menjiwai watak dengan berkesan serta hilang logik ketika menghayati watak.

“ Aku digugurkan serta merta selepas bermula dua hari penggambaran, aku perlu hadir ujibakat sebuah drama di stesen TV yang pernah mengangkat aku sejak bertahun lamanya malah pernah juga dimarah dan ditengking sutradara di depan khalayak kerana dianggap gagal berlakon,” katanya.

Seiring masa, Johan kini kembali bersemangat dan berterima- kasih terhadap sokongan diterima terutama daripada sahabatnya.

Semoga roh ibu Johan ditempatkan bersama golongan orang-orang beriman dan segala amalannya diterima baik olehNYA. AL-FATIHAH…

 

SGMS Faida