Tak Berkira Dengan Pembantu Rumah, Anzalna Nasir Beri Bonus & Belanja Barang Mewah – “Jangan Main-Main Eyeshadow Dior Tau”

Pelakon jelita, Anzala Nasir mengakui suka berkongsi rezeki kepada pembantu rumahnya yang ikhlas melayan anak-anak dan mempunyai keperibadian baik.

Menerusi sebuah video di Instagram, Anzalna berkongsi momen pembantu rumahnya sebak ketika menyambut perayaan Hari Raya Aidiladha.

Berdasarkan video tersebut, Anzalna membelikan tudung berjenama serta alat solek jenama mewah kepada pembantu rumahnya agar dia juga dapat merasai pengalaman itu.

“Emotional pula helper saya. Cantik dia pakai tudung duck scarves. Saya kalau dapat helper yang baik macam-macam saya akan belikan untuk dia sebab nak bagi dia merasa.

“Rezeki harus dikongsi. Dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain. Eyeshadow dia tu guna Dior Beauty jangan main-main ya! Cuma dia tak blend eyeshadow tu,” katanya.

Bukan itu sahaja, dalam hantaran lain di Instagram, Anzalna turut memberikan bonus kepada pembantu rumahnya.

“Kita bagi dia bonus sebab setakat ini dia ikhlas tolong saya,” katanya ringkas.

Sebelum ini, Anzalna meluahkan rasa syukur apabila suami tercintanya, Hanif Zaki meminta izinnya terlebih dahulu sebeum membuat sebarang aktiviti.

ARTIKEL BERKAITAN: “Bagus Suami Saya Apa-Apa Mesti Minta Izin Isteri Dulu” – Anzalna Nasir

Aqilah Paharuzi