Kolaborasi Pertama Hazwani Helmi & Siqma, Lagu Wahana Suntik Mesej Kemanusiaan

Aktivis kemanusiaan dan adik penyanyi Heliza Helmi iaitu Hazwani Helmi, 26, melancarkan lagu duet bersama Siqma, 30, berjudul Wahana.

Pertama kali bergandingan bersama, Hazwani dan Siqma bagaimanapun tidak kekok ketika bekerja dan meluahkan rasa bersyukur apabila segala proses pembikinan lagu dan muzik video dipermudahkan.

Menurut Hazwani, cabaran yang dihadapinya ketika sesi rakaman adalah dari segi sebutan bahasa Arab dalam lirik lagu Wahana ini.

ā€œTekanan itu disebabkan ada lirik dalam bahasa Arab dan saya banyak kali ditegur kerana menyanyikannya dengan gaya bacaan al-Quran,ā€ kata Hazwani.

Muzik Video Wahana selari dengan mesej judulnya yang menyeru manusia untuk berkongsiĀ  kebaikan sesama kita dan menyuntik semangat agar tidak mudah berputus asa.

ā€œKonsep MV ini adalah ingin membawa maksud kebaikan iaitu landasan atau panduan yang dapat mengubah haluan dan hati manusia juga menerangi dan mewarnai kegelapan pada setiap jiwa.

ā€œSepanjang penggambaran tiada sebarang cabaran, alhamdulillah dan syukur semuanya berjalan dengan lancar dan mudah,ā€ ujar Siqma.

Siqma atau nama sebenarnya Rahmat Zulhilmi Abdul RazakĀ merupakan jurutera bunyi untuk lagu tema filem Polis Evo 3 berjudul Ayuh yang dinyanyikan oleh Malique, Kmy Kmo, Aman Ra dan Ernie Zakri.

Dilancarkan secara rasmi pada 9 Jun, Wahana diterbitkan oleh Masyur dan Beegood Music Productions adalah hasil ciptaan komposert Amir Hufaz dan Shukri Sahari, manakala lirik oleh Cheb Ali dan Isma Sane.

Lagu Wahana boleh didengarkan di semua platform penstirman muzik digital seperti Spotify, Apple Music, Deezer dan YouTube Music, sementara MV boleh ditonton di saluran YouTube Masyur.

Aqilah Paharuzi