Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 30, 2023 @ 12:50pm

Kolaborasi Pertama Hazwani Helmi & Siqma, Lagu Wahana Suntik Mesej Kemanusiaan 

Aktivis kemanusiaan dan adik penyanyi Heliza Helmi iaitu Hazwani Helmi, 26, melancarkan lagu duet bersama Siqma, 30, berjudul Wahana.

Pertama kali bergandingan bersama, Hazwani dan Siqma bagaimanapun tidak kekok ketika bekerja dan meluahkan rasa bersyukur apabila segala proses pembikinan lagu dan muzik video dipermudahkan.

Menurut Hazwani, cabaran yang dihadapinya ketika sesi rakaman adalah dari segi sebutan bahasa Arab dalam lirik lagu Wahana ini.

“Tekanan itu disebabkan ada lirik dalam bahasa Arab dan saya banyak kali ditegur kerana menyanyikannya dengan gaya bacaan al-Quran,” kata Hazwani.

Muzik Video Wahana selari dengan mesej judulnya yang menyeru manusia untuk berkongsi  kebaikan sesama kita dan menyuntik semangat agar tidak mudah berputus asa.

“Konsep MV ini adalah ingin membawa maksud kebaikan iaitu landasan atau panduan yang dapat mengubah haluan dan hati manusia juga menerangi dan mewarnai kegelapan pada setiap jiwa.

“Sepanjang penggambaran tiada sebarang cabaran, alhamdulillah dan syukur semuanya berjalan dengan lancar dan mudah,” ujar Siqma.

Siqma atau nama sebenarnya Rahmat Zulhilmi Abdul Razak merupakan jurutera bunyi untuk lagu tema filem Polis Evo 3 berjudul Ayuh yang dinyanyikan oleh Malique, Kmy Kmo, Aman Ra dan Ernie Zakri.

Dilancarkan secara rasmi pada 9 Jun, Wahana diterbitkan oleh Masyur dan Beegood Music Productions adalah hasil ciptaan komposert Amir Hufaz dan Shukri Sahari, manakala lirik oleh Cheb Ali dan Isma Sane.

Lagu Wahana boleh didengarkan di semua platform penstirman muzik digital seperti Spotify, Apple Music, Deezer dan YouTube Music, sementara MV boleh ditonton di saluran YouTube Masyur.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 19 Dec 2023

Rahsiakan Perkahwinan? Michelle Yeoh Akhirnya Tunai Janji Kepada Ibu, Adakan Majlis Resepsi Di Ipoh

Gembira betul Datin Janet dapat rai perkahwinan anak tersayang🥰

Hiburan Sat, 3 Aug 2019

Sweetnya Ucapan Ulang Tahun Perkahwinan Aaron Aziz Untuk Isteri!

dia sama sekali tidak menyangka pertemuan pertama kali dengan Diyana bukan sahaja merupakan permulaan dalam karier seni malah permulaan jodoh mereka. 

Trending Sat, 11 Jan 2020

Kanak Yang Hilang Di Kajang Di Temukan Semula Dengan Ibu Bapa

Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang ditemukan bersendirian oleh orang awam di Taman Megah, Kajang dekat sini, telah diserahkan kepada ibu bapanya, semalam. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, […]

Trending Thu, 25 Jan 2018

110公斤胖美人渡边直美「女孩都有值得欣赏的美」

有一种自信,叫渡边直美!这位来自日本最红的女谐星,从不会受到自己的体重和外形而感到自卑,因为她知道“自信就是美丽!”

Trending Fri, 10 Dec 2021

myundi Sedia Info Terkini Pilihan Raya Negeri Sarawak 2021

Usai pilihan raya negeri (PRN) Melaka, kini masa untuk PRN negeri Sarawak yang ke-12 sekaligus menutup PRN buat tahun 2021. Seperti biasa, rakyat Malaysia boleh mengikuti dan mendapatkan segala info dan perkembangan terkini pilihan raya […]

Trending Sun, 3 May 2020