‘ Tak Kisahlah Orang Nak Kata Apa, Janji Anak Kita Happy’, Che Ta Bawa Aaisyah Ke Jepun Sambut Hari Jadi

Anak kepada selebriti terkenal, Rozita Che Wan @ Che Ta, Aaisyah Dhia Rana sering mencuri tumpuan lensa sejak dari mula dilahirkan sehinggalah kini.

Dengan wajah comel dan keletahnya yang menghiburkan, tidak hairanlah ramai pengikut Aaisyah tertunggu-tunggu posting di Instagramnya.

Baru-baru ini, Aaisyah telah menyambut ulang tahun yang keempat. Di kesempatan itu, Che Ta bersama suami telah membawa anak bongsunya terbang ke Tokyo, Jepun. 

Dalam posting gambar yang dimuatnaik Che Ta, pelakon jelita ini memaklumkan puteri kesayangannya itu mahu meraikan hari jadi di Tokyo Disneyland.

” Kerana kasih ku turutkan. Walaupun ramai yang dok kecam, tak tak apalah, Aaisyah gembira sangat di sambutan hari jadi dia hari itu.

” Setiap hari dia ucap terima kasih, Thank You Mummy buat birthday Aaisyah, Aaisyah happy sangat.

” Tak kisahlah orang nak cakap apa janji anak kita happy kan wak. Tak sangka budak kecil ni hargai sangat apa yang kita buat untuk depa. Yang dok mengecam tu mesti dulu-dulu mak bapa depa tak pernah buat birthday party. Tambahan dulu mana ada tema-tema,” tulisnya.

Betul tu, yang penting Aaisyah happy dapat sambut hari jadi di Disneyland. Buat apa nak dengki dengan budak kecil tu wak, tak gitu? Buat Aaisyah, Happy Birthday ya! 

SGMS Faida