Categories: FeaturedSihat

Ini Cara Gerenti Efektif Untuk Lancarkan Hidung Yang Tersumbat

Bila anda selesema, memang leceh! Kalau hingus anda cair dan meleleh, tak apa lagi, sebab anda boleh hembuskannya.

Tapi kalau hidung anda tersumbat? Aduh, memang tak selesa kerana anda pasti akan mengalami kesukaran untuk bernafas.

Anda boleh cuba hembuskan mukus (hingus) anda keluar, tapi kadangkala teknik ini tak berkesan sangat lebih-lebih lagi jika hingus anda itu tebal dan pekat.

No problem! Ada banyak lagi cara yang anda boleh cuba untuk dapatkan saluran pernafasan yang clear. Majalah Prevention kongsikan dua daripadanya yang gerenti efektif.

Teknik 1: Tongue Tap

Tekankan bahagian hujung lidah ke bahagian atas dalam mulut anda. Kemudian dengan jari, tekankan bahagian di antara kedua-dua bulu kening dan dahi. Tekan, tap tap dan lepaskan. Ulang selama 20 saat.

Teknik ini menggerakkan sebuah tulang yang dipanggil vomer bone ke depan dan ke belakang. Dengan itu, ia melancarkan apa-apa yang tersekat.

Teknik 2: Tahan nafas

Dongakkan kepala dan memicit hidung, dan kemudian tahan nafas selama mungkin. Tarik nafas bila perlu, dan sinus anda sepatutnya dah clear.

Otak anda akan sedar yang anda tak mendapat bekalan oksigen yang cukup. Mekanisme survival anda akan terangsang lalu badan anda akan secara automatik melancarkan sinus supaya ia boleh mendapat oksigen.

Teknik lain

Selain itu, ada beberapa cara lain yang telah dicuba dan dibuktikan keberkesanannya.

1. Mandi air panas – wap atau stim daripada air itu akan cairkan mukus dalam hidung lalu lancarkan saluran pernafasan, tapi ini hanyalah untuk sementara.

2. Gunakan minyak eucalyptus – Titiskan beberapa titik minyak ini ke dalam cawan berisi air panas mendidih dan hirup stimnya.

3. Gunakan teko neti – Katanya alat ini telah digunakan sejak beratus tahun lalu untuk lancarkan rongga hidung dengan membilasnya dengan air.

4. Gunakan ubat decongestant – Boleh didapati di farmasi, ubat ini mengecutkan salur darah lalu mengurangkan penghasilan mukus.

Selamat mencuba! Beritahu kami yang mana yang efektif untuk anda, ya!

Sumber: MSN

Ad Ops