“Tak Langgar Hukum Pun!” – Anggap Kahwin Dengan Rakan Isteri Perkara Biasa, Ahmad Dhani Hairan Isu Masih Diperbesar

Penyanyi Ahmad Dhani mencetuskan perbualan hangat apabila mengeluarkan kenyataan mengenai berkahwin atau berpisah dengan rakan baik isteri itu adalah perkara biasa.

Memetik laporan mStar, Ahmadi Dhani meluahkan rasa hairannya kerana ramai yang masih memperbesarkan isu tersebut sedangkan ia bukan kesalahan yang melanggar hukum agama Islam.

“Orang yang anggap perkara itu luar biasa perlu berfikir kembali sebab itu perkara biasa untuk seseorang berkahwin ataupun bercerai.

“Contohnya berkahwin dengan kawan isteri atau berkahwin dengan kakak isteri sekali pun kalau sudah bercerai tidak mengapa malah tak melanggar hukum agama pun,” jelasnya.

Susulan kenyataan yang dilontarkan vokalis kumpulan Dewa 19 itu, rata-rata warganet berpandangan bahawa dia tidak sepatutnya berkata begitu.

Gara-gara itu, warganet pula dilihat mengungkit kisah silam Ahmad Dhani yang diketahui pernah menyakitkan hati bekas isterinya, Maia Estianty kerana berkahwin dengan rakan duetnya, Mulan Jameela.

Untuk info, Ahmad Dhani dan Maia berpisah akibat orang ketiga iaitu Mulan Jameela pada 2008 kemudian berkahwin dengan Mulan Jameela.

Hasil perkahwinan tersebut, Mulan dan Ahmad Dhani dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Safeea.

Sumber: mStar

Atiqah Johari