Tak Mahu Jaja Kisah Cinta, Syafiq Kyle Ada Cara Tersendiri

Sejak pelakon terkenal Syafiq Kyle mengumumkan kisah cintanya, kekasihnya pelakon, Mimi Lana terus menjadi tumpuan media.

Namun begitu, pelakon drama Nur 2 ini mengambil pendekatan untuk tidak terlalu berkongsi mengenai kisah cinta mereka berdua.

” Percintaan kami mungkin ‘samar’ sebab saya selesa untuk terus menunjuk sangat hubungan saya dengan Mimi. Bukan semua orang nak tahu kisah peribadi kita, saya ada cara sendiri dalam hal ini.

” Saya selesa untuk tidak mahu kerap bercakap mengenai kisah cinta takut ‘makan diri’ nanti. Saya pun mahu lihat dia berjaya dalam karier dahulu,” ulas Syafiq kepada Mstar. 

Menurut Syafiq, dia tidak berniat menyorok hubungan dengan Mimi seperti tanggapan segelintir pihak.

“Insha Allah siapa yang tak nak kahwin kan? Semua orang ada impian itu termasuklah saya. Saya pun nak juga tapi belum sampai masanya. Mungkin tak ditunjukkan jalan ke arah itu lagi. 

“ Saya belum ada perancangan nak kahwin. Tapi selagi saya berkawan dengan anak dara orang, saya perlu ada niat baik. Itu yang saya nampak,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Syafiq bakal meraikan Syawal di kampung halamannya di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. 

” Saya akan pulang dua hari lebih awal. Tak sabar nak berjumpa dengan saudara mara dan makan juadah yang dimasak oleh keluarga. Cuma raya kali ini saya kena kawal pemakanan kerana sudah ada dua projek yang menanti untuk memulakan penggambaran selepas raya,” katanya. 

 

SGMS Faida