#DramaRaya2019 : Sufian Suhaimi Tak Balik Raya Dalam Aku Tak Kaya

Drama bersiri Aku Tak Kaya yang akan  menemui penonton pada hari raya pertama ini mengisahkan tentang Azrul yang terpaksa bertugas untuk pertama kalinya pada Hari Raya Aidilfitri. Walaupun ini adalah kali pertama beliau tidak bersama keluarga, namun beliau tidak keseorangan memandangkan beliau terpaksa menyiapkan beberapa tugasan.

Pelbagai telatah lucu dan mencuit hati yang dilalui Azrul ketika beliau melakukan tugasan dipagi raya. Namun, didalam kesedihan itu, rupa-rupanya keluarga Azrul membuat kejutan dengan membawa pelbagai jenis makanan termasuklah, rendang, ketupat, lemang dan baju raya untuk Azrul.

Jadi, berjayakah keluarga Azrul menyambut hari raya ini bersama-sama anak mereka? Jangan lupa saksikan Aku Tak Kaya pada jam 10 pagi, di TV3! 

Antara barisan pelakon yang turut sama dalam drama ini ialah, Azhan Rani, Amyza Adnan, dan Syazuan Hassan.

 

Jangan lupa saksikan ya!

Salma Syahbuddin