Waris Mengaku Tak Minat Berlakon, Nak Fokus Bidang Nyanyian

Dia lebih dikenali sebagai penyanyi rap sebelum ini namun atas kemahuan ingin mencuba, penyanyi Waris setuju untuk berlakon dalam filem This Is Pilah terbitan Madness Film.

Namun begitu, Waris memberitahu filem ini mungkin menjadi yang pertama dan terakhir peminat melihat dirinya berlakon. Kenapa agaknya tu Waris?

“ Minat saya lebih cenderung kepada nyanyian bukan lakonan. Saya sekadar mencuba dalam filem This Is Pilah. Lakonan bukan untuk saya,” katanya.

Tambah Waris atau Muzammil Alias, faktor wajah juga antara penyebab dia enggan lagi berlakon.

“Saya nak bawa watak utama pun, wajah saya pun bukanlah kacak sangat,” katanya yang mahu fokus dalam bidang nyanyian sahaja.

Namun begitu, Waris tetap berterima kasih kepada seluruh warga kerja produksi This Is Pilah yang memberinya peluang menimba pengalaman.

Dalam perkembangan lain, Waris kini sedang sibuk menyiapkan karya terbarunya yang dijangka menemui peminat paling lewat pada hujung tahun ini.

This Is Pilah: The Movie merupakan sebuah filem komedi santai yang membariskan barisan pelakon seperti Juzzthin, Kazar, Joey Daud, Ebby Yus dan Zaidatul Iesna Mohd Raus.

SGMS Faida