“Tak Payah Lah Play Victim” Nabila Huda Gaduh Dengan Mak Tiri?

Selepas memuat naik status bersama ucapan hari bapa yang disambut semalam, Nabila Huda kelihatan begitu marah dengan status yang dimuat naik menerusi laman instagram miliknya sebenatr tadi. Kenapa tu Abil?

Ucapan  yang mengundang sebak  rata-rata followers beliau sempena hari bapa semalam  seolah-olah mengundang rasa tidak puas hati sebelah pihak yang sempat memuat naik gambar vokalis Kumpulan Search itu bersama anak-anak beliau berserta caption yang seakan-akan ditujukan buat posting Abil terdahulu.

Namun, Abil nampaknya tidak berdiam diri lantas memuat naik sekali lagi posting memberitahu tentang drama kehidupan beliau.
Dan, nampaknya drama kehidupan pelakon berbakat besar ini mencuri perhatian netizen apabila ramai yang meninggalkan komen positif tanda sokongan buat pelakon kesayangan ramai ini.
Apapun yang berlaku diantara Abil dan keluarga, kita doakan yang terbaik dan diharap semuanya dapat diselesaikan dengan sempurna terutamanya pada bulan yang mulia ini. Tak gitu!
Salma Syahbuddin