“Tak Payahlah…” – Netizen Nasihat Aliff Syukri Jangan Kahwin Lagi?

Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri berseloroh menyatakan hasrat untuk berkahwin lagi selepas menghadiri majlis perkahwinan anak pengasas kosmetik, Allahyarhamah Faziani Rohban yang juga merupakan kawannya.

Menerusi perkongsian di Instagram, Aliff mengakui seronok melihat orang lain berkahwin dan bertanyakan kepada pengikutnya sama ada dia dibenarkan untuk berkahwin lagi.

“Boleh tak kalau saya nak kahwin lagi awak? Korang rasa apa akan jadi ekk.

“Terasa cepat masa berlalu saya berkawan dengan mak beliau, arwah Faziani Rohban. Hari ini (20/9) anak beliau berkahwin. Tahniah Iqbal,” tulisnya.

Di dalam video berkenaan, Aliff memberitahu dia ingin berkahwin lagi namun tak berani berbuat sedemikian kerana takut akan isterinya yang garang.

“Terasa macam nak kahwin lagi. Tapi tak berani cikgu disiplin (isteri) sebelah saya ni garang,” ujarnya.

Meninjau diruangan komen, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan hasratnya ingin berkahwin lagi dan menyatakan isterinya, Datin Seri Nur Shahida sudah cukup sempurna buatnya.

“Tak payah lah Datuk. Isteri Datuk dah perfect dah. Dah lah cantik, baik pulak tu.

“Isteri Datuk dah cukup sempurna, boleh terima Datuk dengan seadanya. Dari susah, senang bersama-sama. Kalau Datuk tiba-tiba berniat nak tambah cawangan baru, silap-silap rezeki Datuk kena tarik macam tu je. Kita cakap je awak, jangan marah ye,” komen netizen.

Maya Basir