[VIDEO] Terpegun Dengan Kecantikan Anna Jobling Sejak Dewi Remaja, Meerqeen Akui Pandang Rupa – “Dia Crush Saya”

Pelakon lelaki terkenal Meerqeen mengakui ‘terjatuh’ hati pada aktres jelita Anna Jobling sebelum selebriti itu mula terlibat dalam program realiti Dewi Remaja.

Meerqeen membuat pengakuan tersebut menerusi sebuah video temuramah yang tular di aplikasi TikTok baru-baru ini telah meraih perhatian netizen, terutamanya peminat kedua-dua selebriti itu.

Disoal sama ada aktor Melur Untuk Firdaus ini pernah ada ‘crush’ kepada Anna, Meerqeen mengangguk dengan wajah tersipu malu.

“Pernah, masa dulu-dulu. Masa dia (Anna) masuk Dewi Remaja,” katanya.

Sementara itu, Meerqeen turut ditanya mengenai apakah penyebab dan faktor Meerqeen meminati Anna ketika itu.

“Dia sangat cantik, masa dekat dalam Dewi lagi dia memang dah cantik,” ujarnya.

Dalam pada itu, Meerqeen turut mengakui dia seorang lelaki yang memandang rupa seseorang wanita.

“Ya, saya pandang rupa,” jelasnya.

Umum sedia maklum, Meerqeen dan Anna menjadi satu fenomena luar biasa sehingga wujud tanda pagar gabungan nama mereka iaitu #MeerNa serta dihujani peminat negara tempatan.

Malah, drama tersebut bakal muncul dengan musim kedua akan datang di TV3 tidak lama lagi.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut meraih sebanyak 50,000 tontonan dan 3,000 tanda suka.

Aqilah Paharuzi