Tak Pernah Menyesal Jadi Selebriti Meski Sering Dikecam, Julia Farhana Banyak Belajar Daripada Pengalaman

Pelakon, Julia Farhana mengakui tidak pernah menyesal menjadi selebriti meskipun acap kali dikritik netizen.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Julia berkata dia banyak belajar daripada kesilapan dan segala kecaman membuatnya untuk terus merendah diri.

“Menyesal, Alhamdulillah tak. Saya banyak belajar dari kesilapan and honestly kena kecam really humbles me.

“Kalau too much, I would stand up for myself. Tapi kalau orang nak judge, terpulang sebab we can’t escape from people who don’t like us.

“Semakin besar our circle, semakin ramai sebenarnya yang tak suka kita dalam diam,” tulisnya.

Julia berkata demikian ketika menjawab persoalan netizen yang bertanya sama ada dia menyesal menjadi public figure.

Dalam masa yang sama, Julia berkata dia hanya memberi tumpuan kepada mereka yang tidak henti memberi sokongan terutamabya keluarga dan rakan-rakan, serta cuba untuk tidak terbabit dalam sebarang masalah.

“I always channel my focus more on people who love me, support me, my friends, family and what matters – career, education and more. I have so much going on in life I dont really get bothered. Alhamdullilah.

“And I try to stay out of trouble too. Kita cakap orang today, esok lusa kalau kita diduga? Hah..” ujarnya lagi.

Artikel Berkaitan: “Boleh Jadi Cuai Time Sakit” – Pertama Kali Gagal Subjek Statistik, Julia Farhana Kesal Tersalah Hantar ‘Assignment’!

Artikel Berkaitan: “Takkan La Kat Luar Bertudung, Berlakon Buka Pula?” – Disangka Wanna Ali, Julia Farhana Kongsi Momen Pemandu Grab Tersalah Orang

Artikel Berkaitan: Julia Farhana Menangis Sukar Kekal Berhijab, Suami Pesan Jangan ‘Patah Balik’ – “Harus Ubah Seluruh Gaya Hidup…”

Aqilah Paharuzi