“Tak Pernah Sesaat Saya Lepas Tangan”- Norman Hakim Akhirnya Buka Mulut, Minta Abby Bertenang Isu Anak

Pelakon Norman Hakim tampil menegur tindakan bekas isterinya yang juga pelakon, Abby Abadi apabila kerap berkongsi mengenai cerita anak perempuannya, Marissa Dania Hakim di platform media sosial.

Menurut Norman, dia tidak mahu Abby terus menerus membuka ‘aib’ anak perempuannya memandangkan keadaan akan menjadi lebih rumit.

Malah, dia juga menegaskan, kenyataan Abby yang mendakwa dirinya lepas tangan isu kahwin lari anaknya di Songkhla, Tahiland adalah tidak tepat.

“Istighfar bok (panggilan untuk Abby) bawak bertenang. Lagi banyak menulis, lagi banyak salah faham nanti.

“Tak pernah sesaat saya lepas tangan. Dah habis sini, iftar sesama nanti sambung sembang masa iftar.Tak perlu semua benda kena kongsi seantero malaya,” katanya.

Norman berkata demikian menerusi komen balas pada hantaran terkini Abby di Instagram miliknya.

Terdahulu, Abby dalam kenyataannya memaklumkan, dia berasa kesal dan mendakwa Norman cuba bertindak lepas tangan terhadap isu perkahwinan anak perempuan mereka.

“Ditelan mati emak, diluah mati bapak. Sangat ralat bila si Oman dah bagi jalan mudah pada Dania suruh uruskan sendiri. Semudah itu je dia lepaskan tanggungjawab. Sy cakap awak wali kot.

“Sumpah saya ralat. Rasa mcm sia-sia berbaik untuk kebaikan anak-anak tapi tak heran mana pun sebenarnya,” kongsi Abby.

ARTIKEL BERKAITAN:“Rasa Menyesal Pula Di Interview, Tak Pasal-Pasal…” – Abby Abadi

Salma Syahbuddin