‘Tak Sempat Nak Zip Seluar Tiba-Tiba…’- Aliff Syukri Kongsi Pengalaman Cemas!

Usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Aliff Syukri berkongsi pengalaman berdepan dengan detik cemas di kota Jakarta, baru-baru ini.

Dalam kejadian yang berlaku pada Jumaat lalu, Aliff berada di sebuah pusat beli belah di sana. 

“Abang takut. Semoga Allah selamatkan, abang baru nak beli baju dan seluar malah abang tak sempat nak zip seluar baru untuk rekod lagu Cowok Baru.

“Secara tiba-tiba baju di dalam almari terjatuh seluruh manusia di dalam bangunan itu bergoyang, semua orang menjerit. Ketika itu secara kebetulan abang sedang membuat trevelog YouTube konon nak share pembikinan lagu baru,” tulisnya di Instagram.

 

Berkongsi pengalaman mendebarkan itu, Aliff berasa seolah berada di dalam kereta api yang sedang bergegar. 

“Bayangkan staff dan team abang menjerit datuk datuk-datuk gempa bumi gempa bumi.

“Ya Allah waktu tu hanya Allah saja yang tahu abang tak tahu nak ceritakan macam mana tapi abang sempat buat video full hanta di Youtube tv terlajak laris yang berdurasi lebih panjang dalam 10-12mnit. Pergi tengok sebelum abang delete di Youtube. Sumpah ngeri,” luahnya. 

Jumaat lalu, satu gempa bumi bermagnitud 7.4 Skala Richter berlaku di Banten, kira-kira 120 kilometer (km) dari Jakarta dan gegarannya turut dirasakan sehingga ke ibu negara Indonesia itu.

Gempa bumi pada jam 7.03 petang waktu tempatan itu berpusat di 147km barat daya Sumur-Banten.

Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika Indonesia (BMKG) turut mengeluarkan amaran tsunami di Pandeglang selatan, Lampung dan Sukabumi

SGMS Faida