“Takdirkanlah Yang Terbaik Buat Puteri Sarah Liyana” – Patimah Ismail

Isteri kepada pengarah tersohor, Datuk Yusof Haslam iaitu Datin Patimah Ismail berkongsi luahan perasaan di Instagram Story miliknya pagi tadi.

Menerusi hantaran tersebut, Patimah mengharapkan agar urusan rumah tangga anaknya, pengarah sensasi Syamsul Yusof dan isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana berjalan lancar.

Dalam masa yang sama, Patimah turut berharap agar menantu kesayangannya itu ditakdirkan perkara yang terbaik buat dirinya.

“Ya Allah, takdirkanlah yang terbaik buat Puteri Sarah Liyana. Engkaun Maha mengetahui dan ampunkan dosa-dosa mereka yang runtuhkan masjidnya,” tulisnya.

Pagi ini, Syamsul dan Puteri Sarah tiba di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur bagi sebutan lafaz cerai seperti dijadualkan sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Tak Depress, Saya Happy!”- Bak Pengantin, Puteri Sarah Liyana Tampil Berbusana Putih Hadir Kes Perceraian Bersama Syamsul Yusof

ARTIKEL BERKAITAN: “No Komen!” – Syamsul Yusof Pilih Kunci Mulut

Terdahulu, Syamsul dan Puteri Sarah telah mencapai kata sepakat untuk berpisah dan keputusannya bakal diketahui pada hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: “Berkat Doa Dari Insan Tersayang, Ibu Bapa..” – Syamsul Yusof Reda Melepaskan Puteri Sarah, Fokus Masa Depan Anak-Anak

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Syamsul Dedah Puteri Sarah Bakal Bawa Anak-Anak Beraya Luar negara – “Hancur Hati, Kejam Perbuatan Mereka!”

ARTIKEL BERKAITAN: Fail Nusyuz, Syamsul Yusof Dakwa Puteri Sarah Curang Dengan Suami Orang… Kesal Difitnah Abai Nafkah

Aqilah Paharuzi