“Takkan Simpan Bubuh Jadi Keychain!” – Elfira Loy

Anak pertama ni selalunya istimewa sikit.  Kalau boleh semuanya nak di dokumentasi buat kenang-kenangan.  Baru-baru ini, pelakon Elfira Loy memuat naik foto tali pusat anaknya, Muhamad Rayyan Khalaf yang terjatuh dengan kapsyen, “Gonna keep this.”

Kapsyen itu telah disalah ertikan segelintir netizen yang menyangka Elfira mahu ‘menyimpan’ tali pusat anak sulungnya itu tanpa ditanam. 

 

“Tak boleh simpan El, kena tanam. Sebab ia sebahagian dari tubuh. Dah jadi bangkai.”

“Ustaz Azhar Idrus cakap asalnya hukum tanam, tak ada hukum simpan, tapi bila start amalan simpan ia jadi makruh.”

“Eh serius kena tanam ke?” 

Walau bagaimanapun, El tampil memberi penjelasan terhadap kapsyennya. 

“Yelah cheqq oiii, simpan tanamlah, tak kan simpan buh jadi keychain pula. Means not throwing it.”

Walau bagaimanapun individu itu mengucapkan terima kasih kepada El kerana sudi meluangkan masa untuk menjelaskan pada dirinya dan pengikut yang lain kerana kurang jelas dengan kapsyen El yang ditulis di dalam bahasa Inggeris itu.

Untuk rekod, Elfira mendirikan rumahtangga dengan Muhamad Faris Khairol Anuar pada 1 Januari tahun ini dan menyambut kelahiran anak sulung mereka pada 1 Oktober yang lalu. 

Baca: Elfira Selamat Melahirkan Bayi Lelaki!

 

Del14