TAKZIAH! Anak Bob Lokman Meninggal Dunia

Al-FATIHAH…Salam takziah buat anak sulung penulis lirik terkenal, Bob Lokman, Mohamad Adam disahkan meninggal dunia, 1 pagi hari ini selepas pengsan di rumahnya di Sungai Buloh.

Kata Bob, Allahyarham yang berusia 25 tahun memiliki sejarah ketumbuhan dalam otak dan pernah beberapa kali pengsan.

“ Kali terakir saya bercakap dengan Adam pada 11 malam tadi kerana dikejutkan arwah bagi bertanya mengenai barang niaga pagi ini.

“Semasa darjah dua, Adam disahkan ada ketumbuhan dalam otak. Selepas itu doktor berjaya buang ketumbuhan. Setahun juga Adam berada dalam wad,” katanya.

Tambah Bob, walaupun anaknya sudah menjalani kimoterapi, doktor maklumkan ketumbuhan ini boleh datang lagi.

“Malam tadi, dia kejutkan saya dan bertanya nak gunakan berapa ekor ayam untuk berniaga pagi ini. Itu kali terakhir saya bercakap dengan Adam sebelum dia pengsan dan nazak pada 1 pagi,” katanya.

Bob yang yang juga penulis lirik lagu Isabella nyanyian Amy Search berkata, arwah tidak menunjukkan sebarang tanda pelik selain hilang selera makan.

“Sebelum ini Adam pernah pengsan. Apabila sedarkan diri, dia tidak ingat macam mana perkara itu boleh berlaku.

“ Cuma, apa saya perasan sejak kebelakangan ini Adam semakin kurus, katanya dia tidak ada selera makan. Selebihnya, dia menunjukkan sikap biasa macam selalu.

“ Dia seorang anak yang baik. Dia tulang belakang keluarga dengan membantu menguruskan perniagaan. Dia juga yang banyak bantu dan jaga saya ketika masuk hospital,” katanya.

Jenazah kini berada di rumah mereka dan dijangka dikebumikan selepas solat Jumaat di Tanah Perkuburan Islam Batu 20, Kuang.

SGMS Faida