Categories: Trending

Mulai April 2019, Public Bank Akan Kenakan Yuran Tambahan Bagi Pembayaran Kad Kredit & Pinjaman

Ramai daripada kita mempunyai bil kad kredit atau ansuran pinjaman yang kita kena bayar setiap bulan.

Bagi yang tak reti atau tak suka gunakan perkhidmatan online banking, kenalah pergi sendiri ke cawangan bank terdekat untuk melunaskan bayaran.

Jika anda tergolong sama, ada berita penting yang anda kena tahu!

Bermula dari April 1, 2019, syarikat perbankan Public Bank akan mengenakan yuran tambahan jika anda menggunakan wang kertas atau cek untuk membayar bil bagi kad kredit atau pinjaman anda.

Menurut pengumuman di laman web mereka pada 30 September lalu, nanti akan ada yuran sebanyak RM2 untuk sesiapa yang melakukan transaksi atas kaunter bagi bayaran bil-bil ini.

Bukan itu saja! Walaupun anda menggunakan Cash Deposit Terminal, Cash Recycling Machine atau Cheque Deposit Machine untuk bayar bil, anda masih kena charge tapi sebanyak RM0.50.

Foto: Foursquare

Perubahan ini dipercayai akan dikuatkuasakan kerana mereka ingin para pelanggan mereka bertukar menjadi masyarakat tanpa tunai (cashless society) dan melakukan lebih banyak transaksi secara online.

Kalau anda tak nak kena bayar ekstra, anda boleh pilih untuk menggunakan standing instructions, transfer secara segera atau interbank melalui perbankan Internet atau telefon pintar, ataupun mesin ATM.

Walau bagaimanapun, Public Bank telah mengambil kira situasi pelanggan-pelanggan yang mungkin memerlukan bantuan dengan bayaran mereka.

Mereka telah memutuskan untuk mengecualikan warga emas, orang kurang upaya dan pelanggan yang tak memiliki akaun simpanan atau semasa bersama Public Bank.

Jadi, jangan lupa ya! Kalau tak, anda kena bayar lebih! Mungkin inilah masanya untuk menukar cara perbankan anda ke arah kebaikan.

Sumber: World Of Buzz

Ad Ops