Takziah, Remy Ishak Kehilangan Ayah Tersayang…

Ppelakon yang menerima jolokan Hero Malaya, Remy Ishak melalui kemas kini terbaru Instagramnya mengumumkan pemergian ayahanda yang tercinta, Ishak Bin Idris yang kembali ke Rahmatullah awal pagi tadi. 

“Ayah saya Ishak Bin Idris menghembus nafas yang terakhir awal pagi tadi. Al Fatihah untuk ayah,” tulisnya ringkas sebagai kapsyen. 

Ruangan komen entri tersebut dihujani dengan ucapan takziah daripada pengikut-pengikut Remy dan rakan-rakan artis seperti Sharnaaz Ahmad, Nad Zainal dan Rashidi Ishak. 

Terdahulu, pemilik nama penuh Mohammad Zalimei Bin Ishak (37) ini pernah mendedahkan kepada sebuah portal bahawa dia belum bersedia untuk berkahwin kerana takut dengan pengalaman seperti ibu bapanya yang bercerai sewaktu umurnya 13 tahun dan akibat dari perpisahan itu, Remy putus hubungan dengan bapanya.  

Walau bagaimanapun,  filem ‘Pulang’ terbitan Primeworks Studios yang dijayakannya tiga tahun lalu berjaya  merapatkan jurang perhubungannya dengan bapanya, seorang bekas askar, kerana skrip itu dan jalan cerita ‘Pulang’ berkisarkan tentang kehilangan bapa. 

Kami dari team Xtra mengucapkan takziah kepada Remy dan keluarga atas kehilangan mereka dan semoga sentiasa tabah dengan dugaan Allah SWT. 

Del14