Categories: LIFESTYLE

Jangan Selalu Berjaga Sampai Lewat Malam.

Malam merupakan waktu yang paling sesuai untuk berehat dari kepenatan seharian. Namun ada diantara kita lebih gemar berjaga hingga larut malam atas alasan-alasan tertentu.

Namun tahukah anda, berjaga sehingga lewat malam boleh memberikan kesan yang tidak baik kepada kesihatan diri.

Menurut laman Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kerap berjaga sehingga lewat malam tidak baik untuk kesihatan.

Tabiat berjaga sehingga lewat malam boleh memberikan 4 kesan utam seperti berikut:

  1. Gangguan fungsi kognitif, pelupa dan tiada daya tumpuan.

Ia boleh menyebabkan penyusutan ‘white matter’ pada otak yang penting bagi proses pembelajaran.

2. Obesiti dan Diabetes

Gangguan pada metabolism badan dan perubahan hormon (insulin dan kortisol) yang menyebabkan individu lapar dan berkeinginan mencari makanan berkarbohodrat atau gula dari biasa.

3. Emosi terganggu

Kurang tidur menyebabkan kawasan otak yang mengawal aktiviti “membuat keputusan dan membuat perancangan teratur” berhenti berfungsi. Jadi ia merangsang gerak hati dan kelakuan yang berisiko.

4. Impak Kesihatan

Impak kesihatan terhadap immuniti badan boleh menyebabkan infeksi badan seperti selsema dan lain-lain kerana ianya boleh membawa kepada kanser.

Walaupun anda berjaga hanya satu malam, ia mampu memberi kesan kepada jam biologikal individu seterusnya menggangu regulasi gula dalam darah.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

SGMS Enal