Categories: Hiburan

Tampilkan Ratu Dangdut Amelina & Mas Idayu, Dapatkan Potongan Tiket 50% Untuk Konsert Milenia!

Muzik dangdut kembali mewarnai arena industri muzik tanah air dengan penganjuran Konsert Milenia 2024 Live in Kuala Lumpur yang merupakan pentas berprestij bakal berlangsung pada 27 Januari ini di Zepp Kuala Lumpur.

Ratu Dangdut tanah air Amelina dan Mas Idayu merupakan lagendaris dalam memperjuangkan irama dangdut sejak sekian lamanya menyatakan konsert Milenia ini sebagai sebuah penghargaan besar dalam karya seni muzik mereka kerana konsert dangdut terbesar gabungan Malaysia dan Indonesia ini merupakan konsert pertama diadakan sejak sekian lamanya.

Konsert Milenia menampilkan rakan seperjuangan mereka iaitu Ani Maiyuni yang juga antara nama besar dalam muzik dangdut kini lagu Dasar Buaya Cinta sedang trending di TikTok. Konsert ini pastinya akan menjadi lebih meriah dengan kemunculan pelapis mereka iaitu Baby Shima artis sensasi yang akan menggamatkan Lagi pentas konsert Milenia ini.

Artis Indonesia yang bakal beraksi adalah Hesty yang popular dengan lagu ‘Cintaku Klepek-Klepek’ dan ditemani artis baru Rheyna Morena yang turut popular dengan lagu ‘Janda Ayu Jarang Dikeloni’ juga memberi impak yang lebih besar dalam persembahan di konsert itu nanti.

Kehadiran Lagendaris ‘King Of Slow Rock’ Thomas Arya yang sangat popular dengan lagu Bunga pada suatu ketika dulu akan berduet bersama Baby Shima dengan lagu Satu Hati Sampai Mati menjanjikan satu persembahan yang berbeza dan lebih bertenaga dengan suntikkan lagu slow rock di dalam konsert ini adalah untuk memberi kepuasan kepada penonton. Lagu-lagu Thomas Arya mendapat tontonan mencecah 150 juta tontonan dan antara lagu yang menjadi pilihan irama dugem maka atas sebab itu beliau diterbangkan khas untuk menarik lebih ramai peminat menghadiri konsert ini.

Pengarah Urusan Mission Sight Sdn Bhd, Jeffri Yaacob berkata, penganjur sangat yakin bahawa konsert ini akan berjaya apabila melihat trend muzik dangdut yang mendapat sentuhan remix di TikTok seringkali menjadi perhatian.

“Lagu-lagu trending seperti Janda Pirang, Ikan Dalam Kolam dan lagu No Comment yang dipopularkan semula oleh Bunda Corla telah mendunia dan sangat diminati oleh orang ramai.

“Di dalam mengangkat semula nama nama diva dangdut tanah air kami tetap menampilkan persembahan mengikut trending semasa maka dua DJ jemputan iaitu DJ Ace dan Dj Bob Arjuna akan spin lagu lagu irama dugem di konsert ini yang pastinya memberi suasana berbeza dan kelainan dari konsert lain turut menyasarkan peminat golongan muda yang sangat menggemari irama ini akan turut serta memeriahkan lagi konsert ini.

“ Konsert Milenia telah tertangguh sebanyak tiga kali apabila berdepan dengan cabaran yang sangat besar untuk mendapat kelulusan permit dan berdepan dengan faktor luar jangka yang tidak dapat dielakkan kini merupakan episod akhir dalam usaha-usaha menjayakan konsert ini. Kami terpaksa meneruskan juga demi menepis dakwaan dan tohmahan tidak mahu dilabelkan sebagai scammer atau organizer hangat-hangat tahi ayam.

“Langkah pertama saya menceburi bidang ini saya telah menjadi mangsa scammer oleh konsultan yang dilantik dan kini saya difahamkan kes ini telah menunggu pertuduhan untuk didakwa dan saya sangat berharap keadilan dapat ditegakkan.

“Saya sangat berharap kes ini disegerakan untuk mereka menerima hukuman di atas jenayah penipuan yang telah menyebabkan kerugian lebih RM300,000 dan ia tidak termasuk kerugian booking artis, tempat, marketing dan upah kerja yang pastinya berlipat kali ganda namun saya tetap berjuang demi memastikan apa yang saya mulakan pasti ingin saya sudahkan dengan sebuah kejayaan.

“Atas dasar keadaan yang saya anggap telah memberi impak negatif meskipun dalam fasa ‘learning process’ maka untuk tidak menghampakan semua peminat maka dengan itu kami memberi potongan harga sebanyak 50 peratus untuk dua tier iaitu Standing Milenia kini hanya RM109.00 dan Standing Koplo RM99.00 agar dapat memberi kepuasan maksima kepada semua peminat,” katanya,

Penganjur juga berharap sokongan padu diberikan kepada artis-artis kesayangan mereka dan kehadiran peminat adalah merupakan sebuah penghargaan kepada mereka yang telah lama berjuang dalam industri muzik ini.

Kepada pembeli yang membeli sebelum ini, penganjur akan refund 50 peratus semula seminggu selepas konsert untuk adil kepada setiap penonton.

Tiket dijual sekarang dengan harga 50 peratus iaitu Standing Milenia RM109.50 berdekatan dengan stage dan Zon Standing Koplo RM99.

Manakala Zon VIP Seating Gold RM 279 (Termasuk Meet And Greet dan free Merchandise), Zon Free Seating Diamond berharga RM239 manakala Zon VVIP Box memuatkan 8 orang termasuk meet and greet, free merchandise dan buffet dinner serendah RM4499 dan kini semua peminat boleh membuat pembelian segera di https://www.ticket2u.com.my/event/31151/konsert-milenia

Padin