Wani Kayrie Alami ‘Angin Pasang’, Selamat Menjalani Pembedahan Selama 2 Jam

Penyanyi Wani Kayrie selamat menjalani pembedahan ‘inguinal hernia’ atau lebih dikenali sebagai angin pasang di sebuah hospital swasta pada petang Ahad.

Menerusi hantarannya di Instastory, Wani atau nama sebenar Syazwani Abdullah, 24, masih dalam fasa pulih kesan daripada pembedahan yang dilakukan selama dua jam tersebut.

“Alhamdulillah everything went well for my Hernia surgery repair yesterday after 2 hours in the OT and I’m still fighting with the post-operation effect,” ujarnya.

Sementara itu, dia berterima kasih kepada orang ramai yang mengambil berat dan memohon doa agar dirinya diberikan kesembuhan.

“Terima kasih semua yang bertanya dan mendoakan Wani. InsyaAllah, I’ll be better in few days. Wani rehat dulu ya. Take care semua,” katanya.

Sebelum ini, Wani memuat naik hantaran dirinya bakal menjalani pembedahan dan meminta doa orang ramai agar dipermudahkan segala urusannya.

“Hi semua. Maaf lama mendiamkan diri beberapa hari ni. Cuma nak bagitahu, I will undergo my surgery at 2pm later.

“Doakan agar urusan Wani dipermudahkan ya. Jangan risau ok! Wani baik-baik saja,” jelasnya.

Maya Basir