‘Tanah Airku Tanah Airmu’, Duet MonoloQue Dengan Amy Search Kali Ini Memang Rare!

Pada tahun 2013, lagu ‘Tanah Airku Tanah Airmu’ telah menampilkan gandingan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan MonoloQue.  

Namun selepas lima tahun, penyanyi MonoloQue berganding bahu bersama vokalis rock terkenal, Amy Search merakam kembali lagu tersebut dalam versi terbaharu.

Dua penyanyi popular tanah air ini diberi mandat untuk memperindahkan “Tanah Airku Tanah Airmu Jua” dengan lebih bertenaga.

Bukan hanya mereka berdua ditampilkan dalam projek khas ini malah penampilan daripada kumpulan Pancaragam Nakhoda Mat Lela Derhaka dari Malay College Kuala Kangsar.

 Menariknya, rakaman lagu itu dibuat secara langsung.

Menurut Monoloque, “ Persembahan kali ini lebih “jantan”, lagi-lagi dapat berpadu tenaga dengan Yang Berhormat Muzik Rock Tanahair, Amy Search,”.

Lagu ini boleh mula didengarikan di gedung digital sedia ada seperti Spotify, Joox, Apple Music, KK Box dan #PeristiwaNakhodaMatLelaDerhaka di saluran Youtube Vevo.

SGMS Faida