Featured By: Salma Syahbuddin May 5, 2023 @ 11:00am

Tanggung Kos RM50,000 Baiki Kereta… Haqiem Rusli & Isteri Saman Stesen Minyak

Penyanyi popular, Haqiem Rusli dan isteri, Anis Sofea memaklumkan, akan menyaman sebuah stesen minyak di Terengganu selepas mendakwa pihak tersebut tidak mahu bertanggungjawab dan memberi kerjasama bagi membayar kos membaik pulih kereta jenis Mercedes Benz milik mereka.

Menurut Haqiem, 24, menerusi hantaran terkini di Instagram, pada 17 Mac lalu, dia telah mengisi minyak di stesen tersebut namun selepas 100 kilometer (KM) perjalanan, kereta miliknya menunjukkan tanda amaran dan menyebabkan enjin kereta mati sehingga terpaksa ditunda ke bengkel berdaftar Mercedes Benz yang paling berdekatan.

Bagaimanapun, pada 19 Mac,  dia telah diberitahu bahawa kereta miliknya itu mengalami kerosakan teruk akibat terdapat air yang berlebihan dalam tangki minyak dan kos membaik pulih dianggarkan mencecah sehingga RM50,000.

“Pihak Asbenz Stern Sdn Bhd selaku authorized Mercedez Benz  Dealer memaklumkan kepada saya bahawa kerosakan yang berlaku ke atas kereta saya adalah disebabkan oleh tangki minyak kereta terdapat air yang berlebihan daripada minyak dan diberitahu kos membaik pulih kereta ini adalah sebanyak RM50,000,” katanya.

Sementara itu, pelantun lagu Mimpi ini juga mengambil inisiatif untuk menghubungi pihak stesen minyak terlibat pada 22 Mac lalu untuk berbincang dan mencari penyelesaian, namun pihak tersebut memberi cadangan agar kereta miliknya dibaiki di bengkel tidak berstatus Authorized Mercedes Benz sekaligus gagal memberi kerjasama sehingga ke hari ini.

“Pihak stesen minyak Shell terbabit telah menghubungi saya dan meminta kebenaran untuk memindah kereta dan dibaiki di bengkel yang dicadangkan namun, bengkel tersebut tidak mempunyai status Authorized Mercedes Benz sedangkan kereta saya masih dalam waranti.

“Maka, saya tidak memberi kebenaran kepada mereka untuk menunda kereta saya yang berada di bengkel Asbenz untuk dipindahkan ke bengkel lain.

“Bermula dari situ, pihak mereka tidak lagi menjawab panggilan dan mesej dari saya sehinggalah dalam tempoh sebulan ini juga pihak Shell gagal memebrikan kerjasama,” jelasnya.

Terdahulu, memetik laporan Berita Harian, Anis Sofea memaklumkan, dia dan suami dalam proses mengambil tindakan undang-undang terhadap sebuah stesen minyak di Terengganu selepas mendakwa tidak mahu bertanggungjawab kerana atas kerosakan pada keretanya.

 

Sumber: Instagram, Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 20 Jan 2021

Selangor Umum Pakej Khas Bantu Rakyat, Fokus Kepada B40, Warga Emas Dan Mahasiswa

Pakej Kita Selangor pastinya memberi banyak kebaikan buat rakyat!

LIFESTYLE Tue, 18 Jun 2019

Here’s the Perfect Itinerary for a 3D2N Trip to Langkawi

Look no further, there’s all the info and planning you need.

Hiburan Thu, 18 Jul 2024
Hiburan Tue, 14 Jan 2020
Trending Fri, 6 Apr 2018

Netizen Tempelak Raja Ilya, Dakwa Keputusan Tolak Tawaran Filem Marvel Drama Semata-Mata

Apabila nama Raja Ilya disenarai pendek dalam senarai pembikinan filem Marvel diproduksikan produksi Hollywood, tentunya ia berita membanggakan.

Featured Thu, 24 Aug 2023

“Jumpa Awak Di Alam Lain, Di Situ Tiada Radar” – Sharifah Sakinah Label Nad Zainal Narsistik?

Rasa sedih pula bila tengok rakan rakan selebriti kesal dengan pengakuan Nad zainal 😢

Hiburan Thu, 8 Sep 2022

[VIDEO] Harry Styles Didakwa Meludah Chris Pine

Kalau tengok macam betul je Harry ludah Chris. Kesian dia…

Trending Sat, 29 Sep 2018

转起来!宝可梦X卡娜赫拉扭蛋可爱让人融化

两个愿望一次满足,宝可梦又要与超可爱的卡娜赫拉合作啦,而且是冲着扭蛋机来!