Categories: HiburanTrending

Tawaran Lakonan ‘Kontang’, Derita Penyakit Kronik, Mak Wan Berniaga Demi Menyara Hidup

Pelakon veteran Mak Wan Latah meluahkan rasa sedih kerana sudah lebih enam bulan tidak menerima tawaran lakonan.

Akui pendapatannya sedikit sebanyak terjejas, Mak Wan atau Halimatussa’diah Mohd Daud, 62 terpaksa membuka perniagaan kecil-kecilan untuk meneruskan hidup.

“Memang tiada tawaran berlakon, sudah enam bulan saya tiada pekerjaan. Ada syarikat produksi nak ambil berlakon tapi tak jadi sebab bagi pada orang lain, tidak mengapa mungkin bukan rezeki saya.

“Kalau dapat job satu episod pun, bolehlah saya buat bayar semua komitmen, sekarang saya cuma berniaga kecil-kecilan,” ujarnya.

Menurut laporan mStar, dia mendedahkan dia kini tinggal bersendirian.

Lebih-lebih lagi, ekoran menghidap masalah semput dan kencing manis, dia perlu menanggung segala kos perubatannya.

Justeru, mStar bersama wakil produk kecantikan Noir Health & Beauty telah mengadakan pertemuan dengan Mak Wan bagi bertanya khabar dan menyerahkan sumbangan mStar Baek kepada pelakon itu.

Diharapkan sumbangan yang diberikan dapat meringankan bebanan yang dipikul.

Sumber : mStar

Syamir Shafie