Hiburan By: Syamir Shafie November 9, 2023 @ 8:35pm

Tawaran Lakonan ‘Kontang’, Derita Penyakit Kronik, Mak Wan Berniaga Demi Menyara Hidup

Pelakon veteran Mak Wan Latah meluahkan rasa sedih kerana sudah lebih enam bulan tidak menerima tawaran lakonan.

Akui pendapatannya sedikit sebanyak terjejas, Mak Wan atau Halimatussa’diah Mohd Daud, 62 terpaksa membuka perniagaan kecil-kecilan untuk meneruskan hidup.

“Memang tiada tawaran berlakon, sudah enam bulan saya tiada pekerjaan. Ada syarikat produksi nak ambil berlakon tapi tak jadi sebab bagi pada orang lain, tidak mengapa mungkin bukan rezeki saya.

“Kalau dapat job satu episod pun, bolehlah saya buat bayar semua komitmen, sekarang saya cuma berniaga kecil-kecilan,” ujarnya.

Menurut laporan mStar, dia mendedahkan dia kini tinggal bersendirian.

Lebih-lebih lagi, ekoran menghidap masalah semput dan kencing manis, dia perlu menanggung segala kos perubatannya.

Justeru, mStar bersama wakil produk kecantikan Noir Health & Beauty telah mengadakan pertemuan dengan Mak Wan bagi bertanya khabar dan menyerahkan sumbangan mStar Baek kepada pelakon itu.

Diharapkan sumbangan yang diberikan dapat meringankan bebanan yang dipikul.

Sumber : mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 5 Jul 2018

Haqiem, Isu Murung Jangan Dibuat Main!

Alahai…Kalau betul dia ada masalah, dapatkan nasihat daripada ibu-bapa atau pertolongan daripada pihak yang betul!

Events Fri, 10 Jan 2020
Hiburan Mon, 3 Sep 2018

Penampilan Baru Fouziah Ghous Dapat Pujian Netizen

Menerusi laman Instagram suaminya, @zhafyusof, sekeping gambar yang memperlihatkan penampilan wajah pelakon itu dengan hijab.

Trending Thu, 29 Oct 2020
Hiburan Tue, 28 Nov 2023
Trending Fri, 22 Mar 2024

Raya Jadi Lebih Riang & Selesa Bersama Bata, Dengan Pilihan Lebih 300 Pilihan Design!

Bila sebut pasal shopping raya ni, mesti korang dah tak sabar nak buat persiapan. Bukan apa, kalau dah ada baju, tudung, mestilah kena ada beg dan kasut juga. Barulah lengkap kan! Kasut dan beg ni […]

Events Fri, 19 May 2023
Trending Tue, 19 Jun 2018

16张让人喷饭「神PS图」詹姆士大师有求必应!

在不聘请专业摄影师的情况下,往往会因为灯光或构图的缺陷而毁了一张照片;但在修图技术日益发达,许多人都会跪求「PS大师」协助。

Featured Thu, 10 Nov 2022

Cakra Khan Pernah Jual Jam Tangan Untuk Bayar Gaji Pekerja

Kesiannya sampai macam tu sekali ya..