Euforia Bola 2026
Trending By: Fatin Nurain April 29, 2024 @ 10:55am

Lama ‘Menghilang’, Syamsul Yusof Muncul & Luah Rasa Bangga Dengan Syafiq Yusof – “Support My Bro Film Guys!”

Pelakon dan pengarah Syamsul Yusof tampil menunjukan sokongan dan meluahkan rasa bangga terhadap adiknya, Syafiq Yusof yang baharu sahaja melancarkan filem, Sheriff: Nako Integriti, pada 18 April lalu.

Perkongsian tersebut telah dibuat oleh Syamsul menerusi sebuah hantaran di Instagram Story setelah sekian lama menghilangkan diri dari media sosial, semalam.

“KEEP GOING SYAFIQ! Support my bro film guys #proudbrother,” tulisnya.

Sebelum ini, kali terakhir pengarah dan pelakon itu berkongsi aktivitinya di platform tersebut adalah pada November lalu dan kemudian tiada lagi sebarang hantaran yang dimuat naik selepas itu.

Malah, bekas isterinya juga pelakon, Puteri Sarah Liyana tidak tahu punca bekas suaminya itu menghilangkan diri.

Artikel Berkaitan: Hanya Berhubung Demi Perihal Anak-Anak… Puteri Sarah Tak Tahu Punca Syamsul Yusof ‘Menghilang’ Di IG – “Saya Pun Tak Pernah Tanya Apa-Apa”

Untuk info, filem Sheriff arahan Syafiq itu dibintangi oleh barisan pelakon hebat tanah air sepert Zul Ariffin, Datuk Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Azira Shafinaz, Elizabeth Tan dan ramai lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 3 Jan 2019

日本最诡异的废弃公园!藏着800多座人形雕像

当一座雕像在你面前伫立时,你会用什么样的角度或眼神来欣赏它呢?而一个布满雕像的花园,你又会有何心情?

Trending Tue, 27 Jan 2026

“Kami Tak Paksa Dia Jadi Apa-Apa” – Tersentuh Dengar Perkongsian Shila Amzah Mengenai Anak

Shila Amzah dan suami berusaha membesarkan anak tanpa meletakkan tekanan atau paksaan.

Hiburan Wed, 31 May 2023

Music Is Universal Tampilkan DOLLA, Airliftz, & Mikha Angelo

fuh lain macam lah acara muzik serantau ni

Featured Fri, 6 Dec 2024

PU Azman Akhirnya Mengaku Bersalah Sentuh K*mal*an Pelajar, Hukuman Penjara Ditambah

PU Azman mengaku bersalah atas pertuduhan lakukan amang s*ksual.

error: Content is protected !!