Euforia Bola 2026
Events By: Atiqah Johari May 19, 2023 @ 5:55pm

Didakwa ‘Control’ Amelia Christie, Ini Jawapan Padu Sharnaaz Ahmad!

Pelakon kacak, Sharnaaz Ahmad dilihat rapat dengan pelakon baharu, Amelia Christie Lim dan menjadi bualan dalam kalangan warganet sejak kebelakangan ini.

Sharnaaz juga hadir bersama wanita itu sambil berpaut tangan di majlis Malam Gala Filem Polis Evo 3 di TGV, Suria KLCC, semalam.

Namun begitu, Sharnaaz menyatakan bahawa mereka masih dalam fasa berkawan dan tidak terlalu terbuka untuk berkongsi hal peribadinya kepada umum.

“Tak ada apa, kami masih dalam fasa berkawan lah. Bagi saya, saya okay je. Saya berkawan dengan semua orang,” katanya.

Bukan itu sahaja, Sharnaaz juga menjawab mengenai dakwaan dia mengongkong teman baharunya.

Katanya, jika dia mengawal maksudnya dia peduli dan berbuat sededmikian untuk kebaikan.

“Saya rasa kalau kita control, aku yang nak control. Hampa sibuk pasal apa? Jadi, suka hati aku lah nak buat apapun.

“Bagi saya, control itu tanda kita peduli. Kalau kita takdak control, baik kita tak payah peduli. Ikut dia lah nak jadi apa, itu hak dia. Tapi, bagi saya control itu ada banyak fasa.

“So, kalau kita control tandanya kita nak dia jadi yang terbaik. Kalau kita punya control itu terlampau merepek, merepeklah jadinya.

“Kalau control ke arah kebaikan, apa salahnya? Daripada dia jadi mat rempit ataupun jadi bohsia,” jelasnya lagi kepada XTRA.

Berkongsi lanjut mengenai penglibatannya dalam filem Polis Evo 3, Sharnaaz akui bangga dapat menjadi sebahagian dalam filem ini dan telah memberikan yang terbaik.

Polis Evo 3 bakal ditayangkan pada 25 Mei ini di 145 pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei.

Filem terbitan Astro Shaw bersama Skop Productions dan TGV Pictures ini mengangkat kredibiliti pasukan polis negara dan Polis Evo 3 masih mengekalkan elemen aksi komedi.

Turut membintangi, Zizan Razak, Shaheizy Sam, Nora Danish dan ramai lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 1 Sep 2021

31 Anak Seni Bangkit Bersatu Dalam Kempen #RISEandUNITE

#RISEandUNITE, Bangkit dan Bersatu merupakan satu kempen bertujuan untuk menyemarakkan semangat kemerdekaan serta sinar ke dalam jiwa rakyat Malaysia. Kempen ini juga adalah untuk memupuk rakyat agar bangkit untuk membela dan mengejar kejayaan, bersatu tanpa […]

Hiburan Tue, 12 Dec 2023
Events Tue, 14 Aug 2018

Berhenti Berlakon Tidak Sekali! – Tony Eusoff

Terbaharu, Tony Eusoff kini sedang menjalani penggambaran drama bersiri Viu yang bakal disiarkan di saluran ntv7 berjudul, Jibril. 

Trending Thu, 21 Nov 2019

McDonald’s Making A Throwback To The 90’s, Bringing Back Iconic Toys In Its Happy Meals

McDonald’s iconic toys make a comeback for Happy Meal 40th anniversary celebration.

Hiburan Tue, 12 Dec 2023
error: Content is protected !!