“Gila! Benda Tu Memalukan” – Foto Seksi AI Tular, Anna Jobling Bakal Ambil Tindakan

Pelakon yang popular menerusi drama rantaian Melur Untuk Firdaus, Anna Jobling mengaku terkejut selepas beberapa foto miliknya telah disunting dalam versi teknologi buatan (AI).

Lebih memeranjatkan, foto seksi tersebut turut dikongsikan menerusi platform Tumgik membabitkan beberapa rakan artis yang lain termasuklah, Sophia Albarakbah, Mira filzah dan Uqasha Senrose.

Menurut Anna atau nama penuhnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 23, tindakan tersebut adalah sangat gila dan memalukan sekaligus boleh mendatangkan fitnah.

“Bagi saya benda tu gila dan  memalukan. Kalau tak dibendung boleh timbulkan fitnah dan sangat melampau.

“Saya tahu perkara ni pun apabila ada fans yang berkongsi melalui media sosial saya termasuklah dari management saya semdiri.

“Benda tu mengarut dan saya malas nak layan!,” katanya.

Bagaimanapun, Anna menyifatkan peminat setianya pasti akan faham bahawa dia tidak akan melakukan atau memuat naik gambar tidak senonoh itu.

“Kalau mereka peminat saya, mereka lebih tahu dan kenal saya termasuklah pemakaian dan pergaulan saya,” jelasnya.

Justeru, aktres ini juga menegaskan sekiranya perkara sedemikian berlanjutan, maka dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan selanjutnya kerana perkara tersebut boleh memberi kesan negatif terhadap nama dan kariernya.

“Tindakan yang saya ambil kalau jumpa, report account tu dan kalau sangat melampau, saya akan ambil tindakan yang sewajarnya,” ujarnya.

 

 

Sumber: Ohbulan

Salma Syahbuddin