Tayang Badan Tak Berbaju Di Instagram, Apa Jawab Nubhan?

Baru-baru ini, tindakan penyanyi Nubhan memuatnaik dua keping gambar tidak berbaju di laman Instagramnya menimbulkan tanda tanya di kalangan pengikutnya. 

Nubhan yang selama ini jarang tercalit sebarang kontroversi ketika dihubungi memberitahu tindakannya itu tidak berniat melakukan gimik murahan.

” Saya muatnaik gambar itu sekadar suka-suka saja. Dalam masa beberapa jam sahaja, tiba-tiba ada komen daripada netizen yang buat saya tidak selesa. 

” Saya sudah padam gambar tersebut. Rasa tak sedap pula membaca beberapa komen berbentuk kecaman,” katanya.

Penyanyi berusia 32 tahun ini menafikan tindakannya itu tidak dipengaruhi sesiapa namun dibuat sekadar suka-suka,

Dalam perkembangan lain, Nubhan baru sahaja selesai menjalankan promosi single terbarunya Selamat Jalan Cinta dan kini mahu fokus terhadap perniagaannya.

“ Saya akan berehat dari mengambil sebarang tawaran menyanyi sehingga April 2019. Saya mahu fokus sepenuhnya kepada produk Juwita Divine,” akhirinya.

SGMS Faida