Tayang Wajah Bilal Dengan ‘Filter’, Komen Siti Nurhaliza Jadi Perhatian… Peminat Pun Sanggup Mohon Cuti!

Walaupun masih belum mahu menunjukkan wajah penuh anak sulungnya, Muhammad Bilal,  usahawan dan selebriti terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor tidak sedikit pun terganggu dengan pandangan yang diberikan warganet terhadapnya.

Malah, Neelofa lebih selesa menunjukkan bahagian badan yang lain seperti kaki, tangan, pipi dan wajah sipi Bilal beserta penggunaan ‘filter’ di laman sosial miliknya.

Terbaharu, Neelofa sekali lagi memuat naik foto penuh ‘wajah’ Bilal di laman Instagram dan rata-rata rakan selebriti mahupun pengikutnya tidak putus-putus meninggalkan komen memuji kecomelan anak sulungnya itu.

Ini termasuklah komen yang ditinggalkan oleh penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Sementara itu, terdapat segelintir pengikut Neelofa yang berseloroh, apabila meninggalkan komen memohon agar isteri PU Riz itu memberi peringatan awal supaya mereka boleh mengambil cuti semata-mata mahu menjadi yang pertama melihat wajah penuh Bilal.

Terdahulu, Neelofa menjelaskan dia masih belum mahu mendedahkan wajah Bilal kerana mendakwa belum cukup ilmu untuk melindungi anaknya daripada penyakit ‘ain.

 

 

Sumber: Instagram

Salma Syahbuddin