Tayar Pecah, Kereta Hampir Berpusing..Nine Bersyukur Semuanya Selamat

Siapa yang tak cemas kalau kereta kemalangan dan ahli keluarga tersayang pula berada dalam kenderaan pada waktu itu?

Itulah yang terjadi kepada penyanyi, Meor Zulkarnain Mohd Zamhuri atau lebih dikenali sebagai Nine baru-baru ini apabila tayar keretanya meletup dan kereta hampir berpusing. 

“Allahu Rabbi…Syukur Alhamdullillah tak ada apa-apa.

“Tadi dalam perjalanan nak pergi hantar isteri dan anak-anak ke lapangan terbang.. tengah di laluan kanan, tetiba tayar meletup…

“Nasib baik masih mampu kawal kereta…sebab dah hampir-hampir nak berpusing…Haish… Syukur Alhamdullillah tak jadi apa-apa,” tulis Nine. 

Penyanyi kumpulan duo Billy Zulkarnain ini berkongsi  insiden itu serta turut memuat naik gambar tayarnya di akaun Instagram miliknya. 

Menurut Nine juga, keadaan tayar yang pecah itu rosak sama sekali dan kemungkinan sudah ‘reput’.  Di ruangan komen, ada yang menasihatkan Nine untuk memeriksa tayar-tayar yang lain kerana mungkin sudah ‘tamat tempoh’. 

Rata-rata pengikutnya turut bersyukur kerana Nine sekeluarga selamat dan tidak mengalami apa-apa kecederaan dan menasihatkannya supaya lebih berhati-hati. 

Nine mendirikan rumah tangga pada tahun 2008 dah dikurniakan tiga orang anak lelaki. 

Del14