Hiburan By: SGMS Faida November 22, 2018 @ 3:55pm

‘Telinga Berdesing Sikitlah Malam Tu Nanti’, Joe Gitaris Janji Persembahan Mantap 9 Disember Ini

Siapa yang tak kenal dengan gitaris terhandal, Joe? Beliau merupakan lagenda dalam industri muzik di mana antara individu kuat di sebalik pembikinan album kumpulan Wings.

Dengan pengalaman selama 32 tahun yang cukup membanggakan, Joe atau nama sebenarnya Abdul Zamin Abdul Kadir bakal menghangatkan pentas Hard Rock Cafe pada 9 Disember ini bermula 10.30 malam.

Tidak keseorangan, Joe bakal membawa rakannya iaitu Ainol sebagai pemain drum dan Rozaimi sebagai pemain bass dari kumpulan Prime Domestice.

“ Saya menjanjikan persembahan yang mantap dan baik pada malam itu.

“ Ini kerana dengan bantuan beberapa sahabat saya yang berpengalaman bermain muzik dalam kelab iaitu Zul (Electric 5) dan Adi (Soul Statue), malam itu bakal diingati ramai.

“ Kami juga dah jalankan latihan selama tiga minggu, yang pasti telinga penonton akan berdesing sikitlah malam tu nanti. Kami kasi ‘pecah’ jiwa anda dengan rangkaian lagu-lagu saya nanti,” katanya.

Beliau dijangka akan mempersembahkan karya ciptaan sendiri dari senarai ‘repertoire’ beliau yang luas selain lagu ciptaan komposer lain. Yang pasti, terutama lagu yang mengandungi petikan gitar ‘signature’ Joe.

Jika korang rindu untuk mendengar petikan gitaris profesional lagenda ini, jom dapatkan tiket di kaunter Hard Rock Cafe dengar harga RM 50.00 sahaja atau menghubungi 03- 2715 5555 (Hard Rock Kuala Lumpur) atau hubungi 019-368 1917 (Zaini) / 012- 394 7872 (Rimi)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 8 Mar 2018

Bakal Bergelar Bapa, Adam Corrie Akhiri Penantian 10 Tahun

Dengan hashtag #adamcorrie #bakaljadiayah, entri tersebut telah menarik perhatian followers beliau dengan mendapat 44, 513 likes. Tahniah Adam Corrie dan isteri!

Hiburan Thu, 3 Jan 2019

Rambut Ala Tempurung, Aedy Ashraf Kembali Menjadi Sebutan

Alamak, rare juga style macam ni kan?

Selebriti Thu, 11 Jan 2024
Hiburan Wed, 13 Dec 2023
Events Thu, 14 Nov 2019

Aiman Tino Serik Nak Buat Baik?

Sabar okay, Aiman!

Hiburan Sun, 26 Nov 2023

Tiko Pilihan Hati Bunga Citra Lestari, Bakal Nikah 2 Disember Di Bali

Wah sama cantik, sama padan 😍 Congrats BCL!