Tema Warna Hitam Jadi Pilihan, Sambutan Hari Raya Aedy Ashraf Tak Lengkap Tanpa Rendang Hijau Tradisi Keluarga!

Pelakon, Aedy Ashraf berkongsi persiapan raya pada tahun ini yang bakal disambut bersama ibu tercinta, Liza Zain dan kakaknyaa, Nur Hidayah. 

Menurut aktor Kisah Cinta Kita itu, sambutan perayaan Aidilfitri pada setiap tahun buatnya tidak banyak yang berbeza, namun juadah paling utama adalah rendang tradisi keluarganya.

“Perbezaan pada setiap tahun beraya tak ada beza, sebab keluarga saya kecil hanya ada ibu dan kakak saya saja. Jadi, persiapan pun sangat biasa. 

“Selain daripada menyediakan pakaian dan keperluan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri, perkara paling penting adalah rendang tradisi keluarga kami iaitu Rendang hijau Negeri Sembilan. 

“Tema raya pada tahun ini sangat simple. Sebenarnya tak ada apa-apa tema pun, mungkin dari segi warna akan Hitam,” katanya. 

Sebelum ini, kisah cinta Aedy bersama aktres jelita, Amelia Henderson hangat menjadi perbualan ramai setelah cinta mereka kembali berputik semula. 

Tegas Aedy, dia kini mahu lebih serius membina hubungannya bersama Amelia. 

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia Sentiasa Ada Untuk Saya, Begitu Juga…” – Selepas Setahun, Aedy Ashraf & Amelia Henderson Sahkan Hubungan Kembali Bertaut

Kredit: YouTube Metrowealth Pictures

Aqilah Paharuzi