Isu Pembatalan Festival Hoorey x Fest Raya, Shakilla Khoriri Terkesan – “Speechless! Dah Bayar Penuh Sewa Tapak!”

Heboh di ruangan media sosial berhubung pihak organisasi karnival jualan Aidilfitri Hoorey x Fest Raya yang didakwa menipu peniaga-peniaga kerana membatalkan acara tersebut di saat akhir.

Difahamkan, karnival tersebut seharusnya berjalan pada hari Rabu hingga Jumaat ini di Pusat Dagangan Kuala Lumpur (WTCKL)

Isu tersebut turut memberi kesan mendalam kepada pelakon, Shakilla Khoriri yang juga membayar tapak dengan bayaran penuh  di festival tersebut.

Menerusi hantaran di Instagram Story (IGs), Shakilla berkata pelbagai kos telah dikeluarkan untuk berniaga dari segi pekerja dan modal untuk menyediakan booth tersebut.

“Rasanya satu Malaysia pun tengah kecoh pasal vendors kena game dengan organizer HoorreyXFest ni ek. Rasa terkesan la juga sebab aku pun sambung di sini dan bukan booth percuma yang ditawarkan. Bayar!

“Jangan ada sedap mulut kata artis semua free. Hello, kalau booth free pun still keluar duit untuk prepare booth, staff dan macam-macam.

“Masing-masing berniaga tak kan tak tahu kos apa lagi kena keluar selain bayaran tapak. Semua pun dalam kesusahan apabila dipermainkan macam ni,” katanya.

Menerusi hantaran sama, Shakilla berkata dia memandang ujian tersebut dari positif serta beranggapan bahawa Allah SWT mahu dirinya berehat setelah penat bekerja.

“Aku pun dok tarik tali nak join atau tak fest ni sebab terlalu penat tiga hari dengan StyloFest, tapi berfikir-fikir lagi sebab dah bayar full payment untuk tapak.

“Aku sekadar jadi pembaca setia dalam group yang mengumpulkan semua vendors yang terlibat. Saya speechless! Tak tahu nak buat apa lagi.

“Aku rest and tengok je hiruk pikuk dalam media sosial. Game orang-orang besar dan juga orang-orang yang berlagak pandai.

“Pada aku, Allah bagi ujian untuk ramai orang, bukan aku. Jadi aku rehat. Aku yakin ada hikmah,” ujarnya.

Aqilah Paharuzi