Categories: HiburanSelebriti

Nubhan Temani Ibu Ke Tanah Suci

Penyanyi Nubhan Ahamad bakal berangkat ke tanah suci Makkah pada pagi ini.

Menurut pengurusnya Lyana Zulkepli, penyanyi Selamat Jalan Cinta itu bakal berada di sana selama 10 hari menemani ibu tercinta, Badariah Omar.

“ Doakan agar Nubhan sentiasa berada dalam keadaan sihat dan dipermudahkan menjalani ibadah Umrah bersama ibunya.

“ Maafkan salah silap beliau secara sengaja atau sebaliknya. Insya Allah, jika diizinkanNya, Nubhan berangkat jam 10 pagi ini,” katanya kepada XTRA.

Difahamkan, Nubhan tidak ditemani isterinya, Dr Afifah Hidayah Tawfek memandangkan masih dalam tempoh berpantang.

Isterinya selamat melahirkan bayi lelaki pada 19 Januari yang diberi nama Ahmad Aaffan.

SGMS Faida