Categories: HiburanSelebriti

Tempoh 3 Hari Untuk Memadamkan Babak Bersentuhan Dalam Muzik Video

Lain pula cerita dari pihak Dato Red kenapa mahu babak bersentuhan dalam video ini dipadamkan dengan segera. Adira sebelum ini memberitahu suaminya, Dato Red mengizinkan babak bersentuhan dengan lelaki lain dalam muzik video terbarunya

“Saya beri mereka tempoh tiga hari untuk beri penjelasan. Kalau boleh saya nak mereka padam muzik video itu. Jika tidak sekali pun, buat suntingan semula dengan membuang adegan berkenaan dan muat naik semula” katanya

“Saya juga sudah cuba menghubungi ‘boss’ Adira, tetapi tidak berjawab. Malah, pengurus Adira pun hanya baca mesej tanpa sebarang balasan. Cara mereka ini seolah-olah tidak menghormati saya sebagai suami Adira. Sekurang-kurangnya mintalah maaf,” 

Bagi Adira pula perkara sebegini boleh dibawa berbincang antara satu sama lain dan bukan meluahkan perasaan tidak puas hati di media sosial. Ketika di hubungi, Adira tidak mahu memberi sebarang jawapan mahupun komen dan enggan mengulas tentang isu ini 

Tambah Adira lagi, tindakan suaminya itu mengeruhkan lagi keadaan kerana membenarkan netizen bercakap bukan-bukan mengenainya. Harapnya Adira dan suami dapat menyelesaikan masalah ini dengan baik

SGMS Enal