“Tengah Menahan Sakit Di Hospital, Tiba-Tiba Nampak Jam Tangan PM” – Aaron Aziz

Seutas jam tangan bercorak celoreng yang dipakai oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menarik pelakon Datuk Aaron Aziz.

Biarpun Aaron kini sedang dirawat di hospital, pelakon filem KL Gangster itu teruja melihat jam tangan yang dipakai oleh Ismail ketika sambutan Hari Kebangsaan ke-64 yang berlangsung pagi tadi.

Menerusi sebuah hantaran terbaru di laman Instagram, Aaron meminta bantuan peminatnya untuk mengenal pasti jenama jam tangan terbabit.

“Abang nak tanya sikit. Siapa tahu ini jam apa Perdana Menteri pakai ni? Anda kan tahu kurta abang camo (singkatan untuk camouflage iaitu corak celoreng), beg abang camo, sampai isteri punya tudung pun camo.

“Tengah menahan sakit dekat hospital tetiba nampak jam ni Perdana Menteri pakai. Smart pula kan,” tulis Aaron.

Menjengah di ruangan kome, rata-rata pengikut mendedahkan jam tangan yang digunakan Ismail adalah model G-Shock dari jenama Casio bernilai kira-kira RM400.

Selain itu, peminat juga sempat mendoakan kesembuhan Aaron yang dikini sedang dirawat di hospital.

Padin