“Hari Ni Our Wedding Anniversary, Jadi Pula Macam Ni” – Eina Azman, Suami & 2 Pembantu Positif Covid-19

Pelakon Datin Eina Azman dan suami, Datuk Paduka Gurmeet Abdullah serta dua pembantu rumah mereka disahkan positif wabak Covid-19.

Eina menceritakan khabar duka ini menerusi salah sebuah hantaran terbaru yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.

“Salam semua… Dukacita saya ingin maklumkan saya, suami dan dua pembantu rumah saya, Bik Mega dan Bik Na didapati positif Covid-19. Macam nak gugur jantung ni bila dapat keputusan.

“Sebab saya selalu buat ujian saringan Covid-19. Minggu lepas, saya dan suami baru saja buat ujian saringan Covid-19 sebelum buat pembedahan dan keputusan yang keluar negatif.

“Saya tak tahu macam mana dalam seminggu saya boleh kena. Sedih ya amat bila terpaksa tengok @aubreykarl buat ujian saringan Covid-19 dengan menangis. Saya memang tak sampai hati tengok.

“Sementara tunggu keputusan, hati ini risau sangat fikir apa jadi kalau kena dekat anak-anak saya atau bibik-bibik? Macam mana nak kendalikannya? Ya Allah, tak tahu nak cakap macam mana. Tapi, Alhamdullilah nasib baik @aubreykarl negatif dengan kakak saya @wenny_azman,” tulis Eina.

Tambah pelakon tinggi lampai ini, dia mula demam panas dan batuk manakala keadaan oksigen suaminya pula turun naik.

“Sekarang saya dah mula demam panas n dah start batuk. Cuma keadaan suami saya kurang okay sebab demam terlalu panas dan oksigen dia turun naik. Jadi, setiap dua hari kami harus ke hospital untuk jumpa doktor bagi pemantauan dan x-ray.

“Apapun saya percaya ini semua ketentuan Allah dan kami terima dengan hati yang terbuka. Saya minta tolong semua doakan untuk kami sekeluarga bersama bibik-bibik semua kembali sihat seperti biasa. Kepada sesiapa yang close contact dengan kami, jika rasa tak sihat tolong buat ujian saringan Covid-19 ya. Jika ada yang berpengalaman menghidap Covid-19 sebelum ini, sila kongsikan kepada kami kalau ada apa-apa petua yang boleh kami amalkan,” tulisnya lagi.

Di hantaran yang sama, Eina turut mengambil kesempatan mendedikasikan ucapan sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ketujuh.

“Hari ini pula ulang tahun perkahwinan kami, jadi pula macam ni. Ya Allah, memang hilang kata-kata. Apapun, selamat ulang tahun sayangku @datopadukakaiser tiada apa yang saya minta hanya doa saya nak awak sihat semula macam biasa,” tulisnya lagi.

Padin