Categories: Trending

Dirawat di Hospital Ampang, Aishah Positif Covid-19

Penyanyi Aishah, 56, atau nama sebenarnya, Wan Aishah Wan Ariffin disahkan positif Covid-19 semalam.

Kini dirawat di Hospital Ampang, Aishah mula mengalami gejala seperti demam panas dan semput.

Selepas menjalani ujian saringan Covid-19, Aishah disahkan menghidapi wabak terbabit.

Aishah berkongsi video dirinya membuat ujian saringan di rumah menerusi salah sebuah hantaran di laman Instagram.

“Positif Covid-19. Tolong doakan kami,” tulisnya.

Selain itu, Aishah turut memuat naik foto ketika dirinya berada dalam ambulans dan dikejarkan ke Hospital Ampang.

“Adventure naik ambulans dengan siren ke Hospital Ampang… Mohon doakan,” tulisnya lagi.

Aishah yang kini dirawat di Hospital Ampang menggunakan alat bantuan pernafasan sempat merakamkan video keadaan terkini dirinya dengan bacaan paras oksigen sebanyak 96.

Padin