Tepis Dakwaan Kepandaian Anak Mengikut Ibu Bapa, Anak Sheikh Muszaphar Belajar Subjek Biologi Diusia 11 Tahun

Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor berkongsi sebuah video memperlihatkan anaknya yang sedang belajar subjek biologi walaupun masih berusia 11 tahun.

Menerusi perkongsiannya itu, dia memaklumkan, anaknya, Bella kini dalam persiapan mengikuti pengajian ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk program Genius Permata Pintar (PPCS).

Malah, Bella difahamkan telah lulus peperiksaan bagi semester UKM 1 dan UKM 2.

 

Menjengah di ruangan komen, ada diantara warganet yang mempersoalkan tentang kebijaksanaan Bella dan menganggap anak-anak yang lahir dalam keluarga yang mempunyai pendidikan tinggi sahaja yang mampu sebijak Bella.

Tidak berdiam diri dengan komen yang diberikan, Dr Sheikh Muszaphar tampil memberikan komen balas dengan mengatakan, semua anak adalah bijak namun sebagai ibu bapa, peranan dalam memberikan pendidikan yang berterusan adalah amat penting.

“Percaya bahawa semua anak adalah bijak tetapi, pendidikan yang berterusan perlu diberikan kepada mereka,” tulisnya.

 

Salma Syahbuddin