“Tepuk Dahi, Fikir Sendiri” – Titip Nasihat, Nora Ariffin Minta Pastikan Niat Untuk Kahwin

Baru-baru ini, penyanyi Datuk Nora Ariffin meluahkan pendapatnya mengenai perkahwinan di Instagram Storiesnya (IGS).

Menerusi hantaran tersebut, Nora menyatakan bahawa seseorang perlu memastikan apa niatnya untuk berkahwin.

Kata Nora, jika niat untuk membina rumah tangga itu disebabkan Allah SWT pasti akan diberi keberkatan dan kebaikan.

“Bila kita decide nak kahwin, pastikan apa NIAT kita sebenarnya.

“Bila niat purely kerana Allah, In Sha Allah dilorongkan keberkatan & kebaikan sampai bila-bila.

“Tepuk dada, tepuk dahi, fikir sendiri,” tulis Nora.

Untuk rekod, Nora pernah berkahwin dengan komposer, Johan Nawawi pada 1992 dan dikurniakan empat orang cahaya mata.

Namun begitu, Johan telah kembali ke rahmatullah pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung.

Lebih pilu, Nora diuji sekali lagi dengan pemergian anak keduanya iaitu Muhammad Syakir Aliff yang berusia 20 tahun pada 13 Disember 2019.

Kini, Nora merupakan isteri kepada Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh & Usul, Universiti Malaya, Dr Rushdi Ramli yang merupakan rakan baik kepada Allahyarham Johan Nawawi.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Wow! Jungkook BTS Dengar Lagu ‘Old Love’ Putri Dahlia.. Nora Ariffin Luah Rasa Bangga! – “Memang Another Level!”

Artikel Berkaitan: “Cukup Melaksanakan Yang Wajib & Ikut Hukum” – Datuk Nora Ariffin Kini Bergelar Isteri Kepada…

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Alif…This Is For You” – Sebak! Luah Rasa Bangga & Gembira, Nora Ariffin ‘Ganti’ Arwah Anak Terima Anugerah Akademik Secara Aegrotat

Atiqah Johari