Buat Trend Video Wes Anderson, Ramai Puji Sofyank Punya Paling ‘Kill The Vibes’

Trend video Wes Anderson semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini, malah ramai yang tampil dengan kreativiti masing-masing dalam menghasilkan video menggunakan trend tersebut termasuklah personaliti media sosial dan pencipta kandungan digital popular di Malaysia, Sofyank.

Menerusi perkongsian video di Instagram dan Facebook miliknya, Sofyank atau nama penuhnya, Mohamad Sofian Abdullah tampil dengan idea kreatif apabila memukau pengikutnya dengan kesan editing yang digunakan dalam video tersebut.

Namun, menurutnya video tersebut mempunyai banyak kesalahan dan memerlukan masa yang lebih lama untuk menghasilkan sebuah video berkualiti terutamanya bagi mengelakkan kebocoran dalam editing.

“Video ni ada banyak kesalahan, saya harap korang masih terhibur. Insya-Allah lepas ni kami cuba ambil masa lebih lama untuk siapkan satu video supaya dapat elakkan bocor dalam editing,” katanya.

 

Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian XTRA, rata-rata pengikut Sofyank tidak peduli dengan kesalahan tersebut sekaligus menyifatkan video Wes Anderson versi ciptaannya adalah yang terbaik setakat ini.

“Yang lain tak payah buat dah. Ni dah menang!”

Salma Syahbuddin