Terima Kecaman Disebabkan ‘Kacang’, Azfar Heri Akui Kesilapan & Tampil Mohon Maaf – “Saya Tak Tahu Wujudnya…”

Baru-baru ini, kecoh diperkatakan mengenai seorang pempengaruh mendapat sekampit kacang ketika berada dalam penerbangan Malaysia Airlines (MAS) dan ramai pihak yang kurang senang mengenai perkara tersebut.

Susulan itu, pempengaruh Azfar Heri tampil membuat permohonan maaf dan menjelaskan perkara sebenar menerusi ciapan di Twitter dan Instagram.

“Pertama sekali, saya mohon maaf sebab ada upload gambar kacang yang saya dapat dalam flight tu. Kacang itu diberi secara percuma dan saya tak minta sebarang paket kacang dari MAS sepanjang flight tersebut. Namun, saya sangat hargai atas pemberian tersebut,” jelas Azfar.

Lagi, Azfar turut mengakui kesilapannya kerana memuat naik foto tersebut tanpa mengetahui impak yang akan terjadi kepada pramugari itu.

“Silap saya disini ialah saya post gambar tersebut tanpa mengambil kira impact yang boleh dihadapi pramugari tersebut. Sejujurnya saya tak tahu wujudnya SOP yang tak boleh bagi kacang extra kepada penumpang dan saya mohon maaf sebab tak aware dengan benda ni dari awal,” katanya.

Seterusnya. Azfar turut menjelaskan mengenai kenyataan daripada beberapa individu lain yang menyatakan pramugari tersebut dibuang kerja gara-gara memberi kacang kepadanya.

“Kedua, berkenaan dengan statement yang mengatakan pramugari tersebut dibuang, saya cuba nak kenal pasti kesahihan statement ini terlebih dahulu sebelum ada lagi banyak salah faham dari semua pihak,” tulisnya lagi.

Azfar Heri atau nama sebenarnya Muhammad Azfar Herisyam, 24, turut meminta individu-individu yang mengeluarkan kenyataan tersebut tampil memberi kerjasama untuk berbincang dengan pihak MAS.

Sedar akan kesalahannya, Azfar memaklumkan dia akan memberi kerjasama yang penuh dengan pihak MAS bagi menyelesaikan isu ini sebaik mungkin dan berterima kasih kepada pihak yang menegur kesilapannya itu.

“Saya akan beri full cooperation kepada pihak MAS dan saya harap dapat jumpa dengan semua pihak agar kitab oleh selesaikan isu ini sewajarnya. Sekali lagi saya mohon maaf kepada semua pihak yang terlibat dan saya ucapkan terima kasih kepada semua yang bagi teguran membina,” luah Azfar.

Atiqah Johari