“Terima Saja Kenyataan Pedas A. Aida”- Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Berhad

Walaupun beberapa minggu lepas kenyataan pedas A. Aida mendapat respon dari kalangan selebriti yang rata-rata mengecam tindaka pengarah tersebut namun, kali ini Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima pula memberikan pandangan beliau berhubung kontroversi ini.

Menurut beliau, walaupun kenyataan yang dibuat itu agak keras tetapi ia adalah sesuatu yang perlu diterima oleh semua pihak. 

Sumber : Goggle

“Itulah hakikat yang perlu diterima malah kami memahami maksud yang tersirat yang cuba disampaikannya kerana untuk bergelar artis, mereka haruslah mempunyai rupa yang menarik”

“Apa yang menjadi viral sepanjang minggu ini mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh A. Aida itu berada diluar konteks yang cuba beliau sampaikan. Tidak semestinya mereka yang tidak mempunyai rupa paras yang menarik gagal untuk menonjolkan bakat tetapi semua ini perlulah bersesuaian dengan watak yang dibawa”

“Ramai peserta yang datang hanya fokus membawakan watak-watak hero mahupun heroin sehingga mereka terlupa tentang aspek keterampilan, aura dan juga karisma yang diperlukan sebagai seorang pelakon” Katanya.

Tambahnya lagi, stesen televisyen khasnya Media Prima begitu peka terhadap permintaan majoriti penonton namun, komen negatif yang dilemparkan oleh mereka hanya menekan pihak stesen televisyen untuk  mengikut citarasa mereka semata-mata.

Salma Syahbuddin