Terkenal Dengan Imej Muslimah, Pelakon Remaja Didakwa Sering Ke Kelab Malam & Berpakaian Tidak Senonoh?

Baru-baru ini, timbul satu kontroversi mengenai seorang pelakon remaja perempuan popular yang dikatakan berselindung di sebalik penampilannya.

Memetik laporan BOOM!, pelakon tersebut terkenal dengan sifatnya yang lemah lembut dan amat menyantuni orang antara satu sama lain.

Lebih mengejutkan, pelakon belasan tahun tersebut dikhabarkan sering menjejakkan kaki di kelab malam dengan rakan-rakannya dan bergaul tanpa ada batas bersama lelaki atau perempuan.

Menurut sumber, sikap pelakon tersebut sangat berbeza dan disifatkan berselindung dengan imej muslimahnya yang sering diperlihatkan di kaca televisyen.

Tambah, pelakon remaja tersebut kini sudah melucutkan tudungnya dan pakaian yang dipakainya amatlah tidak sedap mata memandang.

Sumber: BOOM!

Atiqah Johari